E-Folio
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. WAN
ASMALIZA BINTI W. AZIZ (02DSK16F2038)
2. PUTERI
NUR NASUHA IDAYU BINTI MOHD NAZRI (02DSK16F2012)
3. AIN
UMAIRAH BINTI AMRAN (02DSK16F2008)
4. WAN
DURRAH SYAHMINA BINTI MOHD MUKTI (02DSK16F2032)
KELAS :
DSK5A
PENGENALAN
Salah satu daripada ajaran Islam yang
amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup
berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau
mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan
hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat
membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati
dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana,
hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan,
umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan
harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang
dituntut dalam agama.
Dalam e-folio ini memberikan pendedahan
kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang sebenar. Disebabkan pada zaman
sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa.
Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai
terhampir lupa kepentingan kejiranan.
Kami
ingin menulis secara ringkas tentang isu kejiranan ini. Islam merupakan agama
yang syumul. Kejiranan ialah satu cabang kesyumulan Islam. Allah memerintahkan
hamba-hambaNya supaya berbuat baik kepada jiran tetangga. Firman Allah Taala di
dalam Surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud:
"Dan
sembahlah Allah, dan janganlah kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu pun, dan
berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim,
orang-orang miskin, jiran tetangga yang mempunyai hubungan kerabat dan jiran
tetangga yang bukan kerabat."
Rasulullah
sendiri terlalu memandang berat akan hak-hak jiran dan menggesa supaya berbuat
baik kepada mereka. Baginda juga melarang keras daripada menyakiti dan
meyusahkan jiran. Sehingga Rasulullah pernah bersabda:
"Jibril
sentiasa berpesan kepada aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka dia
(jiran) akan mewarisi harta pusaka" Hadith 'Aisyah & Ibnu Umar,
Riwayat Bukhari & Muslim.
Nasihat
Jibril yang terlalu kerap menyentuh hak-hak jiran menyebabkan Rasulullah
menyangka bahawa jiran juga akan mendapat bahagian dalam pembahagian harta
pusaka. Rasulullah juga bersabda:
"Sesiapa
yang beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada
jirannya" Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.
"Sesiapa
yang menyakiti jirannya, maka sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan sesiapa
yang menyakiti aku, maka sesunggunya dia telah menyakiti Allah Taala. Dan
sesiapa yang memerangi jirannya, maka sesunggunya dia telah memerangi aku, dan
sesiapa yang memerangi aku maka dia telah memerangi Allah." Hadith Anas,
Riwayat Abu As-Syeikh Ibnu Hibban.
"Demi
Allah, tidak beriman seseorang itu selagi mana jirannya belum terlepas daripada
kejahatannya" Hadith Abu Hurairah, Riwayat Ahmad & Syaikhan
Maksudnya,
selagi mana seseorang itu menganggu jirannya, memfitnahnya dan melakukan
kejahatan kepadanya, maka dia belum dianggap sebagai seorang Mukmin yang baik.
Jiran yang paling berhak untuk dilakukan kebaikannya ialah yang paling dekat
pintunya dengan rumah kita.
Cuba
kita perhatikan, hadith ini ada menyebut tentang hak kejiranan terhadap jiran
yang zimmi, sedangkan dia bukan seorang Muslim. Betapa mulianya Islam kerana
memandang jiran yang kafir sebagai seorang yang layak untuk menerima layanan
baik walaupun berlainan agama. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya hak-hak
kejiranan pada pandangan agama. Apabila
berbicara soal kejiranan yang merupakan satu cabang kemasyarakatan,
membicarakan soal Al-'Amru bil Ma'ruf dan An-Nahyu 'anil Munkar ialah satu
perkara yang wajib! Sistem dakwah dengan berhikmah yang dianjurkan Islam amat
diyakini akan berjaya memulihkan kembali keburukan yang berlaku dalam
masyarakat.
DEFINISI KEJIRANAN
Dari
segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa
pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga. Dari segi istilah
jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan
kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan
dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang
mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah
bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh
buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”
Berdasarkan
kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah
seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga.
Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan
kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila
penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran
dengan rumah yang dihuni oleh kita.
Gambar diatas menunjukkan semangat kejiranan yang terjalin diantara masyarakat pelbagai bangsa
ADAB YANG PERLU DIAMALKAN SESAMA JIRAN
1. Bertegur sapa
2. Saling menziarahi
3. Tolong menolong
4. Bertolak ansur
5. Bersangka baik
6. Mendoakan keselamatan dan kejayaan
jirannya
HIKMAH
MEMELIHARA ADAB BERJIRAN
1. Keamanan dan keharmonian dapat
dikekalkan
2. Mewujudkan suasana harmoni
3. Melahirkan masyarakat yang penyayang.
4. Mudah mendapat pertolongan apabila
berada dalam kesusahan.
AKIBAT
TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN
1- Tiada sifat tolak ansur
2- Disisih oleh masyarakat
3- Tidak mendapat rahmat Allah
4- Wujud sifat sombong
5- Akan berlaku pertelingkahan
HAK-HAK
JIRAN KE ATAS KITA
1. Mula memberi salam kepadanya.
2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal –
ehwalnya.
3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya
apabila ia meninggal dunia.
4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih
dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.
5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam
kesusahan dan kegembiraan.
6. Memaafkan segala
kesalahan dan kekhilafannya.
SEMANGAT KEJIRANAN
Jiran
merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan
merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk
persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan
sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti
aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”
Semangat kejiranan merupakan aspek yang
penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh
masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah
masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana
ianya dapat mengukuhkan dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada semangat
kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi
dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara
maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan
dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.
Semangat kejiranan dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang
baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan
masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus
melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan
yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa
menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalammembersihkan kawasan perumahan.
Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat
kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat
menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.
Secara
kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat
kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni,
suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan
membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam
semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua
pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat
kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan
rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat
kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Semangat
kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan
dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam
menjadikan sesebuah masyarakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat
kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah
masyarakat. Bermula daripada semangat kejiranan inilah terjalinnya perpaduan
yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke arah yang
lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat,
kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat
menghasilkan sesuatu yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan
kepada masyarakat. Apakah kepetingan-kepentingan tersebut?
Semangat kejiranan dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang
baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan
masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus
melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan
yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa
menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan
perumahan. Hubungan jiran bagai aur dengan tebing dapat meningkatkan lagi
semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini,
masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.
Selain itu, semangat kejiranan yang
teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan
sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai
kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan
cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau
program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran
yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan
untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan
dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat
diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk
semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan
menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh
memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama
pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan
perpaduan yang teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan
agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat.
Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan
bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan
tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat
kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana
hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat
kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Seterusnya, semangat kejiranan dapat
menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan
keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian
seperti mencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan.
Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan
jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamatan
penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak
bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan
menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat
dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah
masyarakat.
Semangat kejiranan dalam sesebuah
masyarakat dapat menarik minat pelancong untuk datang bercuti di Malaysia.
Malaysia yang mempunyai perpaduan yang teguh akibat semangat kejiranan
masyarakat pelbagai kaum menarik minat warga asing untuk melihat sendiri
perpaduan kaum tersebut. Pelancong memerhati sikap masyarakat Malaysia yang
baik dan mempunyai hubungan yang erat antara kaum mengagumkan mereka. Semangat
kejiranan yang mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman sejahtera
dapat meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dengan kedatangan pelancong. Oleh itu,
semangat kejiranan bukan sahaja bertumpu kepada sesebuah masyarakat tetapi
ianya juga mendatangkan kebaikan kepada negara.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak
kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat
penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan
yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri
masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani,
intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat
merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin
keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran
Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam
kehidupan bermasyarakat.
Masyarakat setempat bersama-sama melakukan aktiviti membersihkan kawasan perumahan mereka
KESIMPULAN
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung
pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan
yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu , perpaduan juga adalah kunci
kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam
keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman
dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran
yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling
mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini
diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang
akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu , semangat
kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat
yang aman dan harmoni.
Semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi
budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan
masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat
kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan
rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi
memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan
datang kerana rakyatnya yang bersahsiah
terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu
negara tercinta ke arah kegemilangan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan
jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya
negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda
pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
LAMPIRAN
Pelbagai bangsa menyambut perayaan bersama-sama
Perayaan Deepavali yang dihadiri pelbagai bangsa
Sambutan hari raya Aidilfitri
RUJUKAN
1.http://reesakyla.blogspot.my/2017/01/konsep-menjamin-kesejahteraan-secara.html
2.https://www.google.com/search?q=semangat+kejiranan&client=ms-android-htc-rev&prmd=inv&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjH
3.Buku Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam.Penulis:Marzuki Sepiaail,Rina Fakhizan Mohd Sukri,Alias Mat Saad.Terbitan:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4.https://semanissyahdu.wixsite.com/home/single-post/2017/03/16/KONSEP-KEJIRANAN
5.http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perkuat-perpaduan-semangat-kejiranan-1.71723
RUJUKAN
1.http://reesakyla.blogspot.my/2017/01/konsep-menjamin-kesejahteraan-secara.html
2.https://www.google.com/search?q=semangat+kejiranan&client=ms-android-htc-rev&prmd=inv&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjH
3.Buku Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam.Penulis:Marzuki Sepiaail,Rina Fakhizan Mohd Sukri,Alias Mat Saad.Terbitan:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4.https://semanissyahdu.wixsite.com/home/single-post/2017/03/16/KONSEP-KEJIRANAN
5.http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perkuat-perpaduan-semangat-kejiranan-1.71723