Sabtu, 26 Januari 2019

KONSEP KEJIRANAN DAN HAK-HAK JIRAN DALAM ISLAM



DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

E-Folio

NAMA AHLI KUMPULAN :
1.    WAN ASMALIZA BINTI W. AZIZ (02DSK16F2038)
2.    PUTERI NUR NASUHA IDAYU BINTI MOHD NAZRI (02DSK16F2012)
3.    AIN UMAIRAH BINTI AMRAN (02DSK16F2008)
4.    WAN DURRAH SYAHMINA BINTI MOHD MUKTI (02DSK16F2032)

KELAS :
DSK5A



PENGENALAN


          Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.

        Dalam e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang sebenar. Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan kejiranan.

Kami ingin menulis secara ringkas tentang isu kejiranan ini. Islam merupakan agama yang syumul. Kejiranan ialah satu cabang kesyumulan Islam. Allah memerintahkan hamba-hambaNya supaya berbuat baik kepada jiran tetangga. Firman Allah Taala di dalam Surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud:
"Dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang mempunyai hubungan kerabat dan jiran tetangga yang bukan kerabat."

Rasulullah sendiri terlalu memandang berat akan hak-hak jiran dan menggesa supaya berbuat baik kepada mereka. Baginda juga melarang keras daripada menyakiti dan meyusahkan jiran. Sehingga Rasulullah pernah bersabda:
"Jibril sentiasa berpesan kepada aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka dia (jiran) akan mewarisi harta pusaka" Hadith 'Aisyah & Ibnu Umar, Riwayat Bukhari & Muslim.
Nasihat Jibril yang terlalu kerap menyentuh hak-hak jiran menyebabkan Rasulullah menyangka bahawa jiran juga akan mendapat bahagian dalam pembahagian harta pusaka. Rasulullah juga bersabda:

"Sesiapa yang beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya" Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.
"Sesiapa yang menyakiti jirannya, maka sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan sesiapa yang menyakiti aku, maka sesunggunya dia telah menyakiti Allah Taala. Dan sesiapa yang memerangi jirannya, maka sesunggunya dia telah memerangi aku, dan sesiapa yang memerangi aku maka dia telah memerangi Allah." Hadith Anas, Riwayat Abu As-Syeikh Ibnu Hibban.

"Demi Allah, tidak beriman seseorang itu selagi mana jirannya belum terlepas daripada kejahatannya" Hadith Abu Hurairah, Riwayat Ahmad & Syaikhan
Maksudnya, selagi mana seseorang itu menganggu jirannya, memfitnahnya dan melakukan kejahatan kepadanya, maka dia belum dianggap sebagai seorang Mukmin yang baik. Jiran yang paling berhak untuk dilakukan kebaikannya ialah yang paling dekat pintunya dengan rumah kita.

Cuba kita perhatikan, hadith ini ada menyebut tentang hak kejiranan terhadap jiran yang zimmi, sedangkan dia bukan seorang Muslim. Betapa mulianya Islam kerana memandang jiran yang kafir sebagai seorang yang layak untuk menerima layanan baik walaupun berlainan agama. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya hak-hak kejiranan pada pandangan agama. Apabila berbicara soal kejiranan yang merupakan satu cabang kemasyarakatan, membicarakan soal Al-'Amru bil Ma'ruf dan An-Nahyu 'anil Munkar ialah satu perkara yang wajib! Sistem dakwah dengan berhikmah yang dianjurkan Islam amat diyakini akan berjaya memulihkan kembali keburukan yang berlaku dalam masyarakat.


DEFINISI KEJIRANAN
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga. Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
                       Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Gambar diatas menunjukkan semangat kejiranan yang terjalin diantara masyarakat pelbagai bangsa


ADAB YANG PERLU DIAMALKAN SESAMA JIRAN
1. Bertegur sapa
2. Saling menziarahi
3. Tolong menolong
4. Bertolak ansur
5. Bersangka baik
6. Mendoakan keselamatan dan kejayaan jirannya

HIKMAH MEMELIHARA ADAB BERJIRAN
1. Keamanan dan keharmonian dapat dikekalkan
2. Mewujudkan suasana harmoni
3. Melahirkan masyarakat yang penyayang.
4. Mudah mendapat pertolongan apabila berada dalam kesusahan.

AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN
1- Tiada sifat tolak ansur
2- Disisih oleh masyarakat
3- Tidak mendapat rahmat Allah
4- Wujud sifat sombong
5- Akan berlaku pertelingkahan

HAK-HAK JIRAN KE ATAS KITA
1. Mula memberi salam kepadanya.
2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal – ehwalnya.
3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.
4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.
5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegembiraan.
6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.

SEMANGAT KEJIRANAN

     Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”
        Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.
         Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalammembersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.
Masyarakat berkerjasama dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong bersama jiran tetangga


Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. 

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
             Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masyarakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada semangat kejiranan inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke arah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan kepada masyarakat. Apakah kepetingan-kepentingan tersebut?
          Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur dengan tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.
          Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
          Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
          Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamatan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.
          Semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat dapat menarik minat pelancong untuk datang bercuti di Malaysia. Malaysia yang mempunyai perpaduan yang teguh akibat semangat kejiranan masyarakat pelbagai kaum menarik minat warga asing untuk melihat sendiri perpaduan kaum tersebut. Pelancong memerhati sikap masyarakat Malaysia yang baik dan mempunyai hubungan yang erat antara kaum mengagumkan mereka. Semangat kejiranan yang mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman sejahtera dapat meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dengan kedatangan pelancong. Oleh itu, semangat kejiranan bukan sahaja bertumpu kepada sesebuah masyarakat tetapi ianya juga mendatangkan kebaikan kepada negara.
          Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. 


Masyarakat setempat bersama-sama melakukan aktiviti membersihkan kawasan perumahan mereka

KESIMPULAN
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri  masyarakat yang berkualiti.  Selain itu , perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu , semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
      Semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana  rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan.
       Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

LAMPIRAN

Pelbagai bangsa menyambut perayaan bersama-sama

Perayaan Deepavali yang dihadiri pelbagai bangsa 

Sambutan hari raya Aidilfitri 

RUJUKAN

1.http://reesakyla.blogspot.my/2017/01/konsep-menjamin-kesejahteraan-secara.html
2.https://www.google.com/search?q=semangat+kejiranan&client=ms-android-htc-rev&prmd=inv&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjH
3.Buku Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam.Penulis:Marzuki Sepiaail,Rina Fakhizan Mohd Sukri,Alias Mat Saad.Terbitan:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4.https://semanissyahdu.wixsite.com/home/single-post/2017/03/16/KONSEP-KEJIRANAN
5.http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perkuat-perpaduan-semangat-kejiranan-1.71723

Tiada ulasan:

Catat Ulasan